Monday, July 23, 2007

tugasan yang perlu disiapkan


Hari ini dah minggu ke tiga pelajar memulakan kuliah bagi semester 1 sesi 2007/2008. Hari ini tiada kuliah tetapi dah berderet tugasan yang perlu disiapkan minggu ini. Disenaraikan di sini untuk mudahkan mengingat.


1. Soalan mid-sem dan final untuk dihantar ke BAKA.

2. Slaid kuliah hari khamis (data presentation) dan jumaat (research design).

3. Laporan kemahiran insaniah untuk setiap kursus pun perlu disiapkan sebelum 26 julai 07.


Hai, banyak juga kerja sebagai pensyarah ni.. ye lah kita kan baru setahun jagung kerja.. baru nak buka buku dah ada pelajar yang ketuk pintu nak minta konsultansi statistik, tidak pun minta cop jadi saksi untuk PTPTN tak pun untuk beli buku statistik. Tak pun mesyuarat sana sini.. tapi tak pe yang penting ikhlas dan gembira dengan tugas yang mendatang. Ok perlu siapkan soalan. nak kena kunci pintu ini nanti bocor soalan pulak.
p/s: gambar di atas tiada kaitan dengan entri ni sebenarnya. Saja cubaan untuk upload gambar. tak sempat nak cari gambar yang sesuai.

1 comment:

U-HAH said...

Amboi...mementang le ngajor statistik ye...ate gune pun gambor graf, keluk-keluk je ye.