Dari pagi tadi dah ramai pelajar tahun 1 datang untuk dapatkan pengesahan dokumen atau menjadi saksi di dalam borang PTPTN. Nak buat tak tau kesian pulak sebab hari ini adalah hari terakhir mereka menghantar borang. Dalam dok sibuk dengan tugasan terpaksalah jugak melayan mereka. Ramai yang telah berjumpa dengan pegawai PTPTN untuk semakan borang sebelum dihantar. Seorang pelajar tadi saksinya tidak diterima kerana tulisan nama dan no ICnya ditulis tangan dan pada cop jawatan ketua kampung tiada disertakan nama. Jadi kita lah juga yang mengganti saksi. Terkadang fikir kenapalah terlalu ketat peraturan yang diberikan kepada pelajar yang hendak menuntut ilmu.
Dalam dok menyain tu bersembang jugalah dengan pelajar, ada yang dari kelantan, terengganu, johor, sibu..huih jauh-jauh juga tu kalau perlu balik kampung untuk dapatkan tandatangan ibu bapa, dan slip gaji ibu bapa dll sedangkan pelajar telahpun menjalani kuliah.. susah jugak tu. pengisian borang melalui online pun baru lagi dibuka. Siapa yang dekat senanglah boleh balik bila hujung minggu tapi yang jauh tu macam mana? Entah lah.. mungkin ada yang sanggup meniru tandatangan mak ayah (dengan izin) kan?
OK inilah coretan kedua untuk minggu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Em, tahniah kerana dah ada blog sendiri. Nanti buleh lah uar-uarkan kepada bebudak student tu, bior deme tahu apa yang cikgu nye tulih tentang mereka. Terus le memblog... :-)
ape lame tak berganjak blog ni...?
alahai.. sat le.. bio le lama sikit.. Tak ada idea lagi ni.
Post a Comment