Wednesday, August 29, 2007
Tuesday, August 28, 2007
merdeka
Minggu ini adalah minggu exam pertengahan sem I. Lega rasanya bila dah selesai exam. Dah hantar pun borang OMR ke Pusat komputer dan pagi tadi dah pun buat sismuka dan dapatkan purata dan peratus pelajar untuk gred masing-masing. Selepas mid sem ini, semua kuliah diberi oleh pensyarah lain. Jadinya legalah sikit. Boleh lebih kan masa untuk menulis jurnal dan melakukan penyelidikan.
Minggu ini juga adalah minggu terakhir bulan ogos, iaitu bulan kemerdekaan. Meriah sungguh sambutan kali ini. Setiap hari ada sahaja iklan baru di tv. Di pejabat ni pun kibaran jalur gemilang memenuhi setiap jabatan. Namun sejauh mana penghayatan terhadap kemerdekaan belum dapat diukur. Satu satunya kekuatan bangsa melayu yang diperjuangkan dahulu iaitu bahasa melayu semakin hari semakin dipinggirkan.
Malam tadi sambil bersantai dengan suami dan anak-anak sempat juga tengok ‘Pada hari yang indah’ di tv3. Agak menarik kerana ia satu bahan tontonan yang baru, tidak sekadar menayangkan ulangan drama yang lepas-lepas. Lagipun pengambaran dibuat di kuala kangsar. Terasa dekat di hati dengan loghat kualenye.. Kampung teman tu..
Cuma saya tertanya juga kenapa pelakon menggunakan bahasa inggeris dalam percakapan seharian? Adakah ini untuk menggambarkan sesebuah keluarga yang menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian adalah lebih maju dan berwawasan? Walaubagaimanapun pada pandangan saya sebenarnya semangat kemerdekaan hanya dihayati oleh bapa mereka iaitu generasi pertama kerana anak-anak masing-masing seperti tidak ikhlas menyambutnya. Balik kampung selepas dingatkan.. Nampak juga lah ketempangan keluarga tersebut kerana tidak dapat mendidik anak remajanya iaitu generasi ketiga yang akhirnya tertangkap di kelab malam semasa malam menyambut kemerdekaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)